Soalan lazim

Hubungi khidmat pelanggan

Berikut adalah saluran-saluran bagi menghubungi khidmat pelanggan ShareParty. Pasukan kami akan melayani anda secepat mungkin. Terima kasih.

  1. Menghantar mesej peribadi di Facebook: https://www.facebook.com/ShareParty-Malaysia-100981855948674
  2. E-mel kepada perkhidmatan pelanggan ShareParty: [email protected]

Peraturan mata ganjaran

  1. Apakah itu ShareParty Points?

    ShareParty Points adalah ganjaran mata wang platform ini. Dengan menyertai aktiviti, anda dapat memperoleh mata ganjaran yang berpadanan dan menebus barangan beharga di "Pusat Penebusan".

  2. Bagaimanakah cara memperoleh ShareParty Points?

    1. Menyertai kaji selidik: Mengambil bahagian dalam kaji selidik melalui "Tugasan dan Cabaran" dan memperoleh mata ganjaran yang berpadanan.
    2. Mengambil bahagian dalam Kajian Video
  3. Bilakah saya akan menerima ShareParty Points?

    Masa pengagihan bergantung kepada kandungan tugasan. Pengagihan mata ganjaran "Tugasan Harian" adalah pada keesokan manakala mata ganjaran "Tugasan Bulanan" akan diagihkan pada hari pertama bulan yang berikutan. Apabila anda menyemak status mata ganjaran, mata ganjaran yang dipaparkan adalah jumlah mata terkumpul setakat semalam.

Peraturan penebusan hadiah

  1. Bagaimanakah cara saya menebus ganjaran? Adakah terdapat sebarang sekatan penebusan?

    Apabila anda telah mengumpul mata yang secukupnya untuk menebus ganjaran, anda boleh menebusnya daripada "Pusat Penebusan". Kami akan menghantar nombor serial ganjaran atau ganjaran fizikal kepada peti mel Apl, sms atau alamat hubungan anda. Syarat penebusan hadiah tertakluk kepada kandungan penerangan ganjaran.

    Setiap pengguna boleh menebus setiap item ganjaran sebanyak 3 kali dalam sebulan. Jika terdapatnya 10 item untuk bulan tersebut, ia bermakna anda boleh menebus maksimum 30 item ganjaran pada bulan tersebut.

  2. Bilakah saya akan menerima ganjaran?

    Hari bekerja yang akan digunakan untuk penghantaran hadiah adalah tertakluk kepada pengumuman penebusan.

Tugasan soal selidik

  1. Bilakah mata ganjaran akan diedarkan?

    Selepas tugasan dilengkapkan dan diserahkan, mata ganjaran akan diedarkan ke akaun anda dalam tempoh masa yang ditetapkan jika anda memenuhi kelayakan rangka soal selidik tersebut.

  2. Kenapa saya tidak dapat mata ganjaran selepas melengkapi tugasan?

    1. Anda mesti memasukkan alamat e-mel yang digunakan untuk mendaftar dan log masuk ShareParty di "ruangan tertentu". Seandainya ia bukan alamat e-mel yang betul, anda tidak akan memperoleh mata ganjaran dan mata ganjaran juga tidak akan diagih kemudian.
    2. Anda tidak memenuhi persyaratan sebagai calon untuk tugasan soal selidik ini.
    3. Anda belum lengkapkan soal selidik, sistem gagal mengumpul maklumat anda.
  3. Bagaimanakah cara mendapatkan lebih banyak tugasan?

    Kebanyakan tugasan akan mempunyai syarat khas tertentu terhadap peserta (umur, jantina, kawasan, pekerjaan dan lain-lain). Semakin lengkapnya maklumat peribadi anda, semakin tingginya peluang anda menerima tugasan soal selidik. Cara mengisikan maklumat: Sila hadap ke Profil Pengguna dan isikannya.

  4. Kenapa soal selidik terhenti selepas saya menjawab beberapa soalan dalam tugasan soal selidik?

    Kebanyakan tugasan akan menanya beberapa soalan mengenai maklumat peribadi untuk menapis dan memilih pengguna yang layak. Apabila anda tidak memenuhi syarat-syarat tertentu, anda akan dipaksa berhenti.

Kajian Video (untuk pengguna Android dan Windows sahaja)

  1. Cara untuk mengambil bahagian dalam Kajian Video:

    1. Muat turun Apl ShareParty (telefon mudah alih Android sahaja) dan isikan soal selidik mengenai tabiat tontonan.
    2. Kaji selidik ini mengalu-alukan semua pengguna yang mempunyai corak dan tabiat tontonan yang berlainan. Untuk mengekalkan kepelbagaian para perserta, sekiranya kumpulan/sifat dan perangai tertentu sudah penuh, anda tidak akan dapat menyertai kajian ini buat sementara waktu.
    3. Anda akan menerima e-mel yang dihantar daripada sistem selepas pengesahan pendaftaran. Apabila anda balik ke halaman Apl, ia akan membimbing anda melalui proses tetapan yang seterusnya. Dengan persetujuan anda, mendayakan perkhidmatan akses dan membenarkan akses kepada rekod penggunaan. Membiarkan Apl berjalan dalam latar belakang peranti anda untuk mencapai waktu tertentu yang diperlukan oleh tugasan harian serta bulanan dan mengumpul ShareParty Points secara berterusan.
    4. Sebarang perubahan kepada kandungan kajian ini akan tertakluk kepada pengumuman.
  2. Apakah itu tugasan berbilang peranti?

    Penggunaan berbilang peranti: Kesemua komputer Windows atau peranti mudah alih seperti tablet dan telefon mudah alih yang menjalankan Android 6.0 dan lebih tinggi boleh menyertai penyelidikan ini. Anda boleh log masuk menggunakan akaun yang sama. Setiap pengguna bagi setiap akaun boleh menyertai penyelidikan ini menggunakan satu komputer Windows (termasuk komputer desktop dan komputer riba) serta dua peranti mudah alih (termasuk telefon mudah alih dan tablet) yang menjalankan Android 6.0 dan lebih tinggi.

    Anda boleh lihat status perlaksanaan tugasan di kedua-dua telefon mudah alih dan tablet. Selain itu, anda juga boleh menyemak ShareParty Points yang dikumpul sehingga semalam di Rekod Mata Ganjaran.

    Sila perhatikan: Pautan muat turun untuk komputer Windows boleh didapati di surat pemberitahuan selepas anda disahkan menyertai penyelidikan tabiat tontonan.

  3. Apa yang akan ShareParty lakukan?

    Apl ini akan berjalan dalam latar belakang peranti anda dan membantu kami memahami bagaimana anda mengunakan telefon mudah alih, merekodkan tingkah laku dalam talian Web/Apl, model peranti/lokasi IP dan maklumat yang lain. Sebarang maklumat peribadi dan sulit tidak akan direkod. Apl ini akan terus berjalan sehingga ia dihentikan atau dipadamkan.

  4. Bagaimana saya tahu jika ShareParty sedang berjalan?

    Jika anda telah berjaya mendayakan perkhidmatan akses, anda akan nampak ikon yang mempunyai dua “S” di bahagian atas peranti anda. Anda juga boleh hadap ke halaman utama Apl untuk menyemak. Jika anda nampak “Data sedang dikumpul” seperti gambar di bawah, ia bermaksud Apl sedang berjalan dalam latar belakang.



  5. Saya tidak mendaftar untuk perkhidmatan rangkaian telekom. Bolehkan saya mengambil bahagian?

    Asalkan telefon mudah alih anda bersambung kepada rangkaian Wi-Fi setiap hari dan akan mengakses internet, anda masih dapat menyertai kajian ini.

  6. Perlukah saya memastikan telefon mudah alih saya selalu aktif selepas memasang ShareParty?

    Selepas memasang Apl, ia akan berjalan dalam latar belakang secara berterusan. Anda hanya perlu menggunakan internet seperti biasa mengikut tabiat harian anda. Tiada sebarang perubahan dalam tingkah laku diperlukan.

  7. Adakah pemasangan ShareParty akan menghabiskan bateri saya?

    Apl ini akan membawa kesan tertentu kepada bateri telefon mudah alih. Di bawah keadaan tertentu, khususnya sebagai pengguna yang banyak menggunakan telefon mudah alih, bateri mungkin akan dimakan dengan lebih cepat.

  8. Bagaimanakah cara saya memadamkan ShareParty?

    Jika anda menggunakan peranti Android, buka menu “Tetapan”, tatal bawah ke “Aplikasi”, pilih ShareParty, dan klik “NyahPasang”.

  9. Saya menggunakan dua peranti untuk mengambil bahagian dalam tugasan tetapi tidak dapat mata ganjaran lagi?

    Tugasan berbilang peranti menyatakan bahawa dua peranti adalah maximum untuk penyertaan tugasan. Mata ganjaran tidak akan diberi jika bilangan peranti anda melebihi bilangan yang ditetapkan. Selain itu, seandainya anda mempunyai perlakuan yang berikut, sistem juga akan menentukan anda mempunyai lebih daripada dua peranti:

    1. Memadamkan maklumat Apl
    2. NyahPasang Apl kemudian muat turun sekali lagi
    3. Menetap semula peranti tersebut

    Adalah ditentukan bahawa anda mungkin telah nyahpasang Apl dan memasangnya sekali lagi sebelum ini. Ini telah mengakibatkan anda dikesan mempunyai lebih daripada dua peranti di dalam sistem dan tidak menerima mata ganjaran lagi.

    Sila menghubungi khidmat pelanggan ([email protected]). Kita akan membantu anda mengosongkan peranti agar anda dapat memperoleh mata ganjaran selepas anda menyempurnakan tugasan.